My Followers

Mar 14, 2011

Sesi luah perasaan

Hampir berminggu-minggu aku tak update apa-apa here. Sebab busy bukan main lagi ye. (Buat-buat busy). Macam-macam jadi dalam real life aku. Nak cerita banyak sangat. Yang terlintas di kepala aku sekarang ialah. Macam mana nak tau seseorang tu betul-betul menyayangi kita?. Ouh lupa nk pesan. Baca entry ni samapai habis jika berminat okeh. Entry ni banyak tentang apa yang jadi pada diri aku yang sebenar. Mostly about LOVE!. Sesapa yang rasa tak suka. Sila angkat jari laju-laju pegang mouse klik web lain :)

Oke, sambung cerita tadi. Ha? Macam mana nk tau orang tu syg kita. Seriously, aku cuba sedaya upaya untuk mempercayai setiap kata-kata lelaki. Tapi, kadang-kadang benda yang aku percaya tu boleh jadi tak masuk akal. Sebab, si lelaki sering melakukan benda yang kita si perempuan ni tak suka. Contoh nya, " Awak jangan dok gatai teloq nk msg or call girl lain ye. Bole? " Si lelaki pon jawab " Oke syg. Cinta saya hanya untuk awak. Tak kan la saya nk call msg org lain. " Errrr, Nampak sweet gila kan cara pembalasan si lelaki. Ouh SUMPAH wat masa sekarang saya benci dgr benda yang sweet-sweet. Saya benci nak dgr janji-janji manis. Bukan sbb aku dah x nk percaya kau. Tapi aku fobia n serik dengan ayat sweet-sweet yang lalu.

Aku sentiasa cuba untuk memahami hati lelaki. Tapi, kadang-kadang x berjaya. So, hari ni, disebabkan aku rajin membaca. Aku try selami jiwa lelaki. Btol ke x ada kene ngn apa yg aku rasa. Ni ha. Ini tanda-tanda si lelaki jatuh cinta dengan hebat nya. Haha. Sejauh mana kebenarannya aku sendiri pon x tau. :)

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
 
 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat       bercakap.
 
 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
 
 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
 
 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
 
 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
 
 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
 
 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
 
 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
 
 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 
 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 
 12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
 
 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
 
 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 
 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
 
 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
 
 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
 
 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
 
 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
 
 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
 
 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 
 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
 
 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 
HARGAILAH MEREKA

P/s : Okeyh da abis baca. Rasa mcm berdebar-debar lak hati ni. Entah la.. Cuba check, ada x benda-benda ni semua kt bf korang. hee :D

2 comments:

Iskandar Luckynine said...

Is tahu is xsempurna syg...
Sebab tu is perlukan ena sempurnakan hidup is...
Bukan meninggalkan is dalam tidak kesempurnaan...
Thank..

The SIMPLE eina said...

u perfect dear. apa yang ada dlm list tu sume ada pada u. Cuma mungkin ada silap sikit. Semua org lakukan kesilapan. So, perbaiki la selagi org yg awak syg, ada depan mata..