My Followers

Mar 14, 2011

Bercinta ibarat melabur dan menabung

Since FB da gila lembab. Nak loading pon susah. Aku amik keputusan nak layan blog je. Boring nak jadi fulltime fan kat fb dah. HAHA.




Berbalik pada title post ni. BERCINTA IBARAT MELABUR! ni bagi pandangan aku ye. kalau tak sama dengan pandangan korang, minta maaf lah. hee. Oke, pernah tak korang terpk, berapa banyak duit korang abis untuk kekaseh? Of course la penah kan. tak payah tipu la. Macam aku ckp, bercinta ni kita ibarat mcm melabur. Contohnya, nak keluar dengan gf or bf korang, kalau tak bawak dwet satu sen, bole idup ke? Bole senang hati ? KOMPEM x bole punya la. Tambah-tambah si lelaki. Ye lah, selalu nya si lelaki yang akan melabur banyak sikit. hehe. Konon gentlemen la :D Kannnn... Mmg x dpt dinafikan lagi bg aku. Cuba korang pk, kalau couple dgn bf or gf korang kan, mesti bf or gf korang akan slalu bagi something. Macam tiap kali jumpa, bagi coklat.. (err mcm aku punya kes je) haha. Sweet kan. kalau tiap hari jumpa, tiap hari coklat. wah~ mmg pelaburan yg besar tu ..

Hehehe oke, tu saje je aku sebut pasal melabur dwet . Macam ni la senang cerita. Bercinta ni ibarat melabur. Sebab kita kene berani tanggung risiko. Means, Kau bercinta nk rak bertahun-tahun. Da plan nk kawen pe sume. Last minit dpt tau die ade girl lain. Tu x pe lagi. Ley tahan lagi. Cuba wat nye last minit nk siap majlis kawen, tetiba dpt tau si lelaki idaman korang tu da ada isteri 3 orang lagi kt rumah. OMG! mmg rugi gila la pelaburan tu. Ahahaha. Tapi apa pon, kita kene berani la tanggung semua tu. Kene pk positif. Sekali kau jatuh x selamanya kau akan tersungkur cm tu je. Ada masa boleh baiki lagi :) Macam dlm pelaburan sebenar, setiap individu yang melabur memerlukan sifat berani tanggung risiko. If ada rugi, jatuh bankrup ke kan. Kene kuat bangun semula. Adat la semua tu. Macam tu jugak dengan cinta. Sanggup mengeluarkan dwet untuk bercinta. Dan berani tanggung malu! Opsss sebab nk malu? Malu disini, dalam percintaan, perlulah berhadapan dengan orang tua mereka. x perlu la nk malu sangat. Bukan nk suruh x TAHU MALU LAK EH! maksud nya berani la bersemuka dan berbuat baik di pandangan mereka. Yang penting pandai ambil hati. (Err mcm mani, aku sendri x pandai amik hati orang tua)

Tambah pulak lagi.. Oke kalau melabur ni, if kita rugi di satu tempat, jangan la dok tgu kt tempat tu lagi kan. Mesti kene pegi melabur kt tempat lain. Macam baru2 ni Saham Nestle jatuh. Pelabur mesti ramai yang jatuh kejap. Then mesti dorang usaha g labur tempat lain pulak. Heee. Macam orang slalu ckp, nk melabur kene la bijak. Macam tu jugak bercinta. Kalau da putus di tengah jalan, lupakan je la. Orang da x mahu kt kita, jangan ditunggu lagi. Aggap je dia x sesuai dengan kamu.  Tapi if ada jodoh, x kan kemana. Perlu sentiasa set di minda ye mcm tu. ADA JODOH X KEMANA! :) 

Okeyh, meh nk bagi tau . Semasa bercinta ni, kita perlu melabur. Dah melabur bila nk tau berhasil ke tak perlu la tunggu smpai dah sah jadi suami isteri barulah boleh announce yang korang da jadi jutawan. Hahaha. mcm tu ye warga pembaca sekalian. Kalau x sah jadi lagi, jangan mimpi nk agung2 kan cinta korang tu :p Eh lupa nk bg tau. Sebelum nk melabur, perlu la menabung. Mana x nye. Macam mana nk melabur kalau x de modal. Btol x kawan-kawan. Means kt sini, sebelum bercinta, perlu lah berkenal-kenalan dulu. Da kenal hati budi baru la declare :) Baru kita dpt tau perangai masing-masing. Tgk bole masuk kepala ke x. bole ke dia terima perangai aku ni. HEHE.

Mcam tu la lebih kurang apa yang ada dlm kepala otak aku ni. Mood jadi gila tetiba nk pk pasal cinta-cinta je sekarang. Ntah kenapa ntah. Yelah, boring la nk pk pasal study. Zaman tu da tamat da. Kalau dulu bole la duk mengeluh bosan la study lama sangat. Sekarang nk pk cinta-cinta da bole da kot. :) Heeee ..

P/s : Pic atas tu x de kene mengena dengan orang yang hidup atau mati. Hiasan semata-mata. Iskandar, I love youuuu . Eh lupa nk bagi tau. Blog ni sekrang bukan kepunyaan aku seorang. Blog ni da ada dua pemilik. Pemilik utama aku. Dan kedua lak, ialah en. iskandar merangkap BF kesayangan aku. So, if post entry yang ayat agak-agak mcm KAMUS DEWAN BAHASA PUSTAKA tu, kompem dr dia ya :) hehe wekkk :P

0 comments: