My Followers

Mar 30, 2011

Tatkala malam, perot comel ku berkata-kata . . .

Malam yang dingin.. Ingin kusuarakan dengan sekuat hati, 'AKU LAPAQ!!!!' Mengidam macam-macam. Nak kepsi, nak mcd, nk kenny rogers, nak A&W. Wahhhh, banyak nya!

Bila geledah balik apa yang ada kat rumah ni, cuma ada Roti gardernia (betol ke aku eja ni? ) Ala roti yang plastic kaler biru tu. Dulu-dulu masa kecik-kecik dalam umur 4, 5 tahun. Selalu mama aku bagi makan roti yang kaler oren. Tak silap aku cap Kunci Emas. Hahaha. Murah gila dulu. Aku tak sure sekarang ada lagi ke tak roti cap tu. Yang paling penting sekarang aku lapaqqqq! Dengan laju sekarang jugak aku capai roti plastic kaler biru ni. Nak p bakar dalam pembakar roti. Pastu sapu jem Kaya! Terus ngappppppppp. Ouh alangkah kenyangggg..
Burpppppppppp! Belum apa-apa lagi da sendawa. Thanks for reading. okbainakmakan!

Post by : Salina




Mar 29, 2011

Nak jugak conteng-conteng

Selamat tgh hari~!

Kali ni, aku nak protes. HAHA. Yelah, bila aku bukak belog je, mesti ada je orang post entry berserta dengan lukisan hasil tangan sendiri mereka. Comel-comel lak tuh. Haih, gerammmmm. Tapi aku suka tgk. Aku suka jalan-jalan kat belog yang ada lukis-lukis cm tu. Sweet je nampak.

Kini tiba lah masanya, aku pon nak gak pamerkan lukisan comel aku. HAHAHA. 1st time okeh.. Nak tgk? Mehhhhhh...


* tadaaaaaaa, amacam? comel x? ahahaha. terkenja-kenja tangan aku lukis tau. Hah baju siap polkadot lagi ye. tu tangan tu tgh wat peace tau. Harap maklum. ahaha. Klip rambut fav di kepala. weeee *

P/S : Kepada sesiapa yang pakar dalam lukisan, tolong la beri tunjuk ajar kat aku. Dah rupa alien dah aku lukis. haha. Peacee. Thanks for readingg. kbailove.

Post by : Salina

Sesi meluang masa bersama insan bernama "Sang Cinta"


Actually, nak update ni dari smalam. Tapi seriously semalam penat gila. Sampaikan tak boleh digambarkan dengan kata-kata kepenatan tuh. HAHA. Sebab 3 days busy berdating. Memang tak sempat nak belek belog. (Haih, tu pon nk bagi tau ke? orang lain pon dating gak. tak KECOH cam kau pon) <----Pegi mampos la. Blog aku. ahahaha. Xsuka blahhhhh. :p

Jumaat jumpa , sabtu jumpa, ahad jumpa... Isnin x jumpa dah. Dah balik sana dah sang cinta aku. (Balik johor. study sana). Pagi sebelum sang cinta berangkat, maksud aku dalam jam 2 pagi smpai 7 pagi. Kami spent time bersama melalui YM. huwaaaa :( Time ni sedih. Sebab dia nak balik sana dah ptg isnin. Then maybe, 2 bulan kemudian baru dia balik jumpa aku semula. Mula lah masing-masing nk rasa sedih. Haiyaaaa.. Bila dah YM sampai ke pagi, mengantuk mmg x hengat dunia la masa sampai ofis jam 9.00 pagi tu. Tapi aku gagahkan jugak. Sesampai je rumah smalam, tido x hengat dunia pulak. YM dengan cinta bila dia da smpai sana pon kejap je. Tapi x pela. Janji ada kannn..

Haip, tapi yang pelik sekarang ni, HARI ni pon aku mengantuk tahap dewa nak mati dah. Ntah kenapa ntah,. Tak kan tak cukup topup tido smalam kot. Eh lupa, sabtu tu, keluar jalan ngn cinta n bff cinta (si din) tengok citer melayu tajuk ".....dalam botol" . Kalau tak silap aku la. Sumpah citer tu cam bosan nak mati. Ntah apa-apa je jalan cerita. Geli.. Tapi kepada yang minat lelaki sesama lelaki tu, pegi la tengok..haha

Malas nak taip banyak-banyak dah. Sebab mengantuk giler. Aku rasa aku mengarut apa pon x tau da ni. Layan je la ehhhh.. Ni ha pic aku n cinta..

P/S : JANGAN MUNTAH YEEEE


*Ahaaaa, ini bro din. We love u babeh~*

*Makanan dah abisssss*


*Testinggggg*


* hah, kemain lain tenung ye bannggggg. ahaha *


*Love youuuu*


*Love youuuu*


*Love youuuu*


*Love youuuu*


*Love youuuu*


*Terbukti awak lagi sepet! wahahaha (padahal aku lg sepet sebenarnya!)*


*Omelnyeeeeee :P *


*Macam aliennnn.*


*Love youuuu*


*Love youuuu*


*Love youuuu*



*Cayang dia. muahx*


*Love our frenshippp :) *


*Love our frenshippp :) *




* Love u till end of ma life. cewahhhh :P *


*Pipi saya tembam sangat. haih*


*cayang saya. moahhhhh*


* Cayang dia lagi *

Tadaaaaaaaaaaaaa :)
Dah abis daaaa. byk sangat. malas upload semua. tatabailoveu.

Mar 25, 2011

geram dan berangin!

Selamat malam !
Aku baru je sampai rumah. baru lepas melepak dengan bf tersayang. sekarang jam menunjukkan dalam kul 1 pagi. bagi aku 1 pagi tu malam la ye. sebab tu greeting kuat-kuat SELAMAT MALAM! hihi

Yang membengangkan aku bila balik rumah, macam biasa akan ku on lappy buruk kesayangan yang dah banyak berjasa ni. tup tup aku on, eh kenapa tak ley ON ni!!!!! SUMPAH xley on da dowhh.. kaji sikit apa punca lappy ni tak ley on. rupanya charger yang rosak. macam lampu kat charger tu, berkelip-kelip. selalu kalau ok, mana ada kelip-kelip. statik je slalu. apa lagi, kebetulan bf syg call, pok pek pok pek bebel kat dia.. 'awat charger ni rosak!!! ei bengang btol la! ' ha lebey kurang cm tula.. kesian dia terpaksa jadi tempat lepas geram aku. SORRYSYG.. hehe.

so, terpaksa la aku update belog ni dengan fon bf tersayang. nasib baik la fon dia ni ada kat aku. klu tak, dok diam je la. haha. esok keluar dengan sayangku tu, nk usha jap berapa harga charger lappy buruk aku ni. maklum la nk beli lappy baru, belum berkemampuan lagi. haih, tapi dah masuk dlm wishlist dah. akan kudptkan lappy baru.  hehe.

p/s : terkial-kial aku taip entry ni. adalah dkat setengah jam aku menaip. haha. esok nk tgk wayang! yeay! esok nk jln mkn angin! yeay. kbyetata. thanks for reading.


post by : salina

Teringat zaman kanak-kanak

Selamat petang (:

Pernah tak korang semua terkenang balik zaman-zaman korang muda-muda dulu? Maksud aku, zaman childhood korang la. Cuba try ingat balik. Banyak yang sweet ke atau yang tak sweet. Sedang aku siapkan kerja yang melambak kat ofis hari ni, aku tetiba teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Tetiba aku teringat kartun yang aku paling suka layan masa dulu. Nak tau apa? Seriously, aku suka layan kartun ni dulu-dulu. Sebab comel gila si watak utama tuh. Pastu dia macam heroin dalam citer tu lah. Ni haaa..


*Taraaaa, ni la dia. Ni watak utama dalam kartun tu. SALORMOON~!*


*Ni plak geng-geng dia. Yang selalu bersama :) Comel kan. Masa dulu, mmg aku layan gila la kartun ni.*

Oke, bila da lama sikit, ada la plak citer kartun baru. Best jugak. Yang ni aku layan jugak. Comel gak dia punya heroin tu. Tapi ni lain sikit. Yang ni dia lawan guna kad pulak. Kira macam kuasa kad tu hebat la. Ni haaaa..


*CARD CAPTOR SAKURA, hehehe comel kan. Aku je ke layan kartun-kartun ni dulu?*

Bila da dewasa skrg, aku memang tak boleh buang la tabiat aku layan kartun. Walaupun tak macam masa kecik-kecik dulu. ( kalau masa dulu tiap masa depan tv tgk kartun). Sekarang ni beza sket. Tak selalu ada depan tv, tapi mesti layan jugak kadang-kadang bila bosan. Haha. Nak tau apa kartun aku layan sekarang? meh nak tunjuk...


*"ADA HAIWAN DALAM BAHAYA~!" hehehe comel kan kartun ni. memang best. comel k, Baik mereka ni. Sentiasa bekerjasama. "APA YANG PENTING, KERJASAMA~!" *


* Tak ketinggalan k, setiap movie baru pasal alvin chipmunk ni, mmg aku pergi tgk. Best oke. Memang best. Bayangkan la, masa aku tgk movie ni, aku bole menitis lak air mata masa dorang ni sedih2. Walaupon sebenarnya citer ni byk funny. HAHA. Melayan perasaan sungguh aku bila tgk movie.. *

Haaa, tu lah semua kartun yang aku suka tgk. Haip, kebudakan ke aku? Ha kali ni mmg aku tunjuk abis perangai BUDAK-BUDAK aku. wakakakaka (: 

P/S : Sedang menunggu kepulangan si dia ke sini :) Thanks for reading. ktatabai :)

Post by : Salina

Mar 24, 2011

Bentang karpet merah untuk si dia

SEBELUM

*No stalkers here*

SELEPAS


*WELCOME STALKERS, Hi, Loser*

Hell-lowwwwwwwwwwwww you~!. HAHAHA. Since dah ada stalker paling rajin dalam belog aku yang indah lagi kemas lagi comel ni, makin gigih aku mencari idea untuk merajinkan diri berblogging . . . Ouh yea, welcome stalkers :) 

Ouh yea, meh nk bentang karpet merah baik punyaaaaaaaaaaaa :)


*Taraaaaaaaaaaaaaaa, gigih aku buat untuk kau. weeee :)*

Opssss, saya ternampak somethinggggg . ouh yea, ni haaaaaa..


*heee, awak emo ke sayang? hah padan muka*

Heee meh nk ringkaskan cerita, ada budak tak matang cakap perangai saya macam budak-budak. Awak, please cermin diri sendiri tu dulu yea. Oh my Geeeeeeeeee, pathetic awak~! Saya sikit pon x emo. Kenapa awak emo lebih-lebih ? Ouh malas nak taip. 

*WELCOME TO MY BLOG*

P/S : Minta maaf kepada yang tidak terlibat. Entry saya kebelakangan ni mmg untuk orang tertentu sahaja. Jangan ambil hati or peduli yea :) 

Thanks for reading :)

Post by :  Salina


JANGAN GANGGU HUBUNGAN KAMI.. SIAL!!!

CUKUPLAH...
BIARKAN KAMI BERSAMA...
TAK PAYAH NAK STALK...

NAK AMBIL TAHU HAL ORANG LAIN PERGI MAMPUS LAH
!!!
BUKAN URUSAN KAU!!!

TIRU LAH AYAT APA YANG AKU CAKAP NIE!!!
MEMANG BODOH LA!!!

SIAPA LAGI YANG AKU TAK PUAS HATI!!!

POST BY ISKANDAR

Bila umur da meningkat dewasa . . .

Hye blogger comel comel hensem hensem ~! Rasanya 5 hari aku tak update apa-apa. Sebab ke-busyan yang melampau. Almaklum lah pekerja hebat~ ( aku tipu) . Okey. Meh nk bukak cerita kopi.

Sejak- sejak kebelakangan ni, ntah kenapa aku asyik rasa diri comel ku ini sudah tua. Sudah meningkat dewasa.   Wahh~ Haip, umur aku baru 21 okeyh. Bila masuk bulan disember, baru lah genap umur aku 22 tahun. Ouh 22 tahun. Tuanyaaaaaaa. Dah tua macam ni pon still berperangai budak-budak. (haih, kadang kadang je ok~!) Yelah, kau still nak main game city ville, baking life, happy pet dan lain. ( oi, ngok, orang tua pon suka main game la :P ayh aku pon still main tau. wekss ) Jiwa muda... hihihi

Okeyh, ini yang btol2 aku fikirkan. Bila umur aku dah 22 ni. Rasa macam nak dekat je. (oi jgn ckp bukan-bukan la) Bukan nk dekat mati. Nak dekat je melangkah ke alam rumahtangga. Macam mana ni? Mengikut perancangan hidup aku, aku mahu tamatkan zaman bujang ku ketika umur aku melangkah 25 tahun. Atau seawal yang mungkin (wakakaka lg cepat lagi bagus). Memang kalau boleh x nak lebih dari 25. Rasa mcm dah tua sangat. Memang org ckp, "eleh, normal la tu perempuan skrg kawen umur 30 pon " wekkkk :P Artis2 biasa la kan. Kalau aku? Kompem orang kampung, nenek jiran blakang rumah tepi rumah kampung sebelah, hah mula pasang mulut " xde orang nak la tu anak norlan tu.. anak dara tua. x laku. alah, biasa la memilih sgt. sebab tu x kawen2 smpai skrg .. " HAHAHAHA tu contoh ayat-ayat biasa dikeluarkan oleh makcik2 suka duduk tepi tingkap rumah aku. Hik2. Andaian semata-mata okeh. Oleh yang sedemikian, dengan rela hati, akan ku percepatkan majlis perkahwinan ku. JANGAN SALAH PAHAM YE SEMUA. dipercepatkan sebelum umur aku 25 tahun. Tapi masalah nya skarang, AKU X DAK CALON. uwaaaaaaa. ( oke, aku tipu yang ni. lawak2 je k. Abg is menunggu aku)

Oi, lagi 3 tahun beb. Camno ni? ahahaha. x payah nk pk sangat la. Sekarang ni cepat ke lambat ke, semua tu dah tertulis. Setiap orang dah di tetapkan oleh Tuhan. Kalau kata lambat la jodoh aku, AKU TERIMA. Kalau cepat, berkali-kali TERIMA. ahaks.. Eh mmg kalau dah umur nak dekat 22 ni, memang akan berfikiran pasal kawen ni ke? Ke aku je yang gatai? * ada aku kesa? *

P/s : Hye cik peniru ( klu aku tulis cik maknanya perempuan lah itu org )~ jangan lah awak tiru or copy or ciplak style saya. Ciplak widget pe yang saya guna letak kt blog awak. Annoying la awak. Menyampah. Siap dengan lagu-lagu yang bf saya bg saya pon awak post kt FB awak. Lawak btol. Bukan satu k. Banyak dah. Tolong amik style sendiri. * pesanan ini kepada seorang sahaja follower tak diundang kat blog buruk saya ni. Xde kene mengena dengan yang lain. Sekian *

Post by :  Salina

Mar 19, 2011

Sanggupkah Kau Bersabar Sayang


Sanggupkah kau bersabar sayang
Untuk bersama diriku
Dalam menempuh dugaan
Yang serba mencabar

Sanggupkah bersabar sayang
Susah senang bersamaku
Semoga kau tak menyesal
Berkawan denganku

Sedarkah engkau
Hidup aku serba kekurangan
Oh cuma yang ada
Kasih yang ikhlas untuk dirimu
Usahlah kau memaksa
Apa yang aku tak mampu lakukan
Jikalau engkau benar menyayangiku
Hendaklah engkau bersabar

Kau harus memahami
Jiwaku dan hidupku
Barulah kau akan mengerti
Tiada gunanya kita bertengkar
Hanyalah merenggangkan hubungan kita

Kita hanya mampu merancang masa depan
Tetapi Tuhan yang menetukan segalanya
Kiranya kau sudah tak mampu bersabar
Apalah dayaku
Tak mampu diriku menahanmu

Sanggupkah bersabar sayang
Menunggu diriku ini
Berikanlah aku ruang
Berteduh dihatimu
Untuk selamanya
 
Post By : Iskandar

Mar 18, 2011

Masakan orang malas :D

Selamat pagi awak-awak semua. Ha sebenrnya aku nak post entry ni smalam. Tapi semalam line internet dekat rumah aku macam siput babi. Terpaksa aku bawak ke ofis untuk update.

Oke nak tanya siapa pandai masak? Angkat kaki cepat. Haha. Sebagai perempuan kalau tak tahu nak masak agak malu sikit la. (Macam aku). Tapi setiap perempuan kat luar sana mesti ada keinginan nak blaja masak. x banyak pon sikit la. Sebab bila dah kawen, tak kan nak makan luar je kan. Lama-lama laki pon bising. hehe.

Kali ni, aku nak tunjukkan masakan cara malas aku. Haha. Mesti ada orang kutuk aku. Pemalas betol minah ni. Eh betol la tu. Aku mmg malas pon. x caya tanya kawan-kawan n family aku. Hahaha. Terjujur lak. Meh aku nak tunjuk pe benda la yang aku masak semalam.

Tadaaaaaaaaaaa...

Ha ini nama nya NASI GORENG 5 MINIT~! wakakaka. Sebabnya, aku masak punya ekspress dlm 5 minit cm tu da siap. Cincai punya~ 

Hah ni teloq goreng dadar. Lagi malas kan. Xde letak bawang ke cili ke . Kosong je. Hahahaa. 

Hah ini lak roti bakar bersalut kaya. Selekeh kan. ahahaa. Tapi aku suka makan benda alah ni. Sedap. :)

Hah tgk tu. Seronok dorang makan makanan aku masak. :p Aku x paksa eh. Licin beb. Maknanya sedap la tu. :P

Hee. meh nk bagi tau, jangan pandang pada rupa. Rasa dulu baru tau sedap ke tak. Hahaha. Nak gak ckp hidangan malas aku sedap. :P

P/s : Aku mmg suka sangat masak. Cuma aku malas. Tu je. Tapi aku reti masak ye kawan-kawan. Xde la expert mana, tapi bole la wat makan-makan harian. :P Tak percaya? tnya housemate aku dulu. kan kan? aku pernah masak untuk jual subjek usahawan. Sampai lenguh-lenguh goreng bihun untuk jual. Bersama kwn aku lg sorang masa tu. Lawak je. Berbaldi-baldi bihun aku masak. wakaakakakakaa. Eh, iskandar, boleh kawen tak macam ni? Hari-hari makan nasi goreng malas ni nak tak nanti? :P Bye.

Mar 15, 2011

Cadbury® Dairy Milk® Black Forest

Bagaimana rasa coklat yang cair di mulut? 
Pasti sekarang sayang sedang tersenyum... :-)
 Kerana coklat itu tetap memberi erti.
bukan hanya semasa ia cair di lidah. 
Malah semasa ia berlegar dalam kepala.

Bagi is coklat itu adalah bayangan hati seorang perempuan.
Hati perempuan juga begitu, manis dan menyenangkan.
 
 Berbalik kepada topik tajuk sebenarnya, Yang tadi tu mukadimah..
Inilah coklat yang paling sayang is gemari sangat..
Setiap kali nak jumpa atau nak pujuk mesti kena bagi coklat nie.
 Mungkin coklat nie sedap sebab :
combination of Cherry flavoured jellies and biscuit pieces blended in with Australia's favourite Dairy Milk, milk chocolate.
 10 SEBAB KENAPA SAYANG IS SUKA COKLAT
1. Sebab boleh hilang stress
2.Sebab sweet kalau lelaki yang bagi (mungkin ada lelaki lain bg agaknye)
3. Sebab coklat tu macam kawan baik ena.
4. Sebab ena suka coklat dari kecil.
5. Sebab mama pun suka coklat.
6. Sebab is suka bagi coklat tu kat ena (nie baru is bagi)
7. Sebab ena tak suka bunga.
8. So coklat sebagai pengganti.
9. Sebab coklat lambang cinta ena.
10. Sebab ena suka makan! Sedap!
Post By :

Mar 14, 2011

Bercinta ibarat melabur dan menabung

Since FB da gila lembab. Nak loading pon susah. Aku amik keputusan nak layan blog je. Boring nak jadi fulltime fan kat fb dah. HAHA.




Berbalik pada title post ni. BERCINTA IBARAT MELABUR! ni bagi pandangan aku ye. kalau tak sama dengan pandangan korang, minta maaf lah. hee. Oke, pernah tak korang terpk, berapa banyak duit korang abis untuk kekaseh? Of course la penah kan. tak payah tipu la. Macam aku ckp, bercinta ni kita ibarat mcm melabur. Contohnya, nak keluar dengan gf or bf korang, kalau tak bawak dwet satu sen, bole idup ke? Bole senang hati ? KOMPEM x bole punya la. Tambah-tambah si lelaki. Ye lah, selalu nya si lelaki yang akan melabur banyak sikit. hehe. Konon gentlemen la :D Kannnn... Mmg x dpt dinafikan lagi bg aku. Cuba korang pk, kalau couple dgn bf or gf korang kan, mesti bf or gf korang akan slalu bagi something. Macam tiap kali jumpa, bagi coklat.. (err mcm aku punya kes je) haha. Sweet kan. kalau tiap hari jumpa, tiap hari coklat. wah~ mmg pelaburan yg besar tu ..

Hehehe oke, tu saje je aku sebut pasal melabur dwet . Macam ni la senang cerita. Bercinta ni ibarat melabur. Sebab kita kene berani tanggung risiko. Means, Kau bercinta nk rak bertahun-tahun. Da plan nk kawen pe sume. Last minit dpt tau die ade girl lain. Tu x pe lagi. Ley tahan lagi. Cuba wat nye last minit nk siap majlis kawen, tetiba dpt tau si lelaki idaman korang tu da ada isteri 3 orang lagi kt rumah. OMG! mmg rugi gila la pelaburan tu. Ahahaha. Tapi apa pon, kita kene berani la tanggung semua tu. Kene pk positif. Sekali kau jatuh x selamanya kau akan tersungkur cm tu je. Ada masa boleh baiki lagi :) Macam dlm pelaburan sebenar, setiap individu yang melabur memerlukan sifat berani tanggung risiko. If ada rugi, jatuh bankrup ke kan. Kene kuat bangun semula. Adat la semua tu. Macam tu jugak dengan cinta. Sanggup mengeluarkan dwet untuk bercinta. Dan berani tanggung malu! Opsss sebab nk malu? Malu disini, dalam percintaan, perlulah berhadapan dengan orang tua mereka. x perlu la nk malu sangat. Bukan nk suruh x TAHU MALU LAK EH! maksud nya berani la bersemuka dan berbuat baik di pandangan mereka. Yang penting pandai ambil hati. (Err mcm mani, aku sendri x pandai amik hati orang tua)

Tambah pulak lagi.. Oke kalau melabur ni, if kita rugi di satu tempat, jangan la dok tgu kt tempat tu lagi kan. Mesti kene pegi melabur kt tempat lain. Macam baru2 ni Saham Nestle jatuh. Pelabur mesti ramai yang jatuh kejap. Then mesti dorang usaha g labur tempat lain pulak. Heee. Macam orang slalu ckp, nk melabur kene la bijak. Macam tu jugak bercinta. Kalau da putus di tengah jalan, lupakan je la. Orang da x mahu kt kita, jangan ditunggu lagi. Aggap je dia x sesuai dengan kamu.  Tapi if ada jodoh, x kan kemana. Perlu sentiasa set di minda ye mcm tu. ADA JODOH X KEMANA! :) 

Okeyh, meh nk bagi tau . Semasa bercinta ni, kita perlu melabur. Dah melabur bila nk tau berhasil ke tak perlu la tunggu smpai dah sah jadi suami isteri barulah boleh announce yang korang da jadi jutawan. Hahaha. mcm tu ye warga pembaca sekalian. Kalau x sah jadi lagi, jangan mimpi nk agung2 kan cinta korang tu :p Eh lupa nk bg tau. Sebelum nk melabur, perlu la menabung. Mana x nye. Macam mana nk melabur kalau x de modal. Btol x kawan-kawan. Means kt sini, sebelum bercinta, perlu lah berkenal-kenalan dulu. Da kenal hati budi baru la declare :) Baru kita dpt tau perangai masing-masing. Tgk bole masuk kepala ke x. bole ke dia terima perangai aku ni. HEHE.

Mcam tu la lebih kurang apa yang ada dlm kepala otak aku ni. Mood jadi gila tetiba nk pk pasal cinta-cinta je sekarang. Ntah kenapa ntah. Yelah, boring la nk pk pasal study. Zaman tu da tamat da. Kalau dulu bole la duk mengeluh bosan la study lama sangat. Sekarang nk pk cinta-cinta da bole da kot. :) Heeee ..

P/s : Pic atas tu x de kene mengena dengan orang yang hidup atau mati. Hiasan semata-mata. Iskandar, I love youuuu . Eh lupa nk bagi tau. Blog ni sekrang bukan kepunyaan aku seorang. Blog ni da ada dua pemilik. Pemilik utama aku. Dan kedua lak, ialah en. iskandar merangkap BF kesayangan aku. So, if post entry yang ayat agak-agak mcm KAMUS DEWAN BAHASA PUSTAKA tu, kompem dr dia ya :) hehe wekkk :P

Layan perasaan jap



For you my super bf :)

Sesi luah perasaan

Hampir berminggu-minggu aku tak update apa-apa here. Sebab busy bukan main lagi ye. (Buat-buat busy). Macam-macam jadi dalam real life aku. Nak cerita banyak sangat. Yang terlintas di kepala aku sekarang ialah. Macam mana nak tau seseorang tu betul-betul menyayangi kita?. Ouh lupa nk pesan. Baca entry ni samapai habis jika berminat okeh. Entry ni banyak tentang apa yang jadi pada diri aku yang sebenar. Mostly about LOVE!. Sesapa yang rasa tak suka. Sila angkat jari laju-laju pegang mouse klik web lain :)

Oke, sambung cerita tadi. Ha? Macam mana nk tau orang tu syg kita. Seriously, aku cuba sedaya upaya untuk mempercayai setiap kata-kata lelaki. Tapi, kadang-kadang benda yang aku percaya tu boleh jadi tak masuk akal. Sebab, si lelaki sering melakukan benda yang kita si perempuan ni tak suka. Contoh nya, " Awak jangan dok gatai teloq nk msg or call girl lain ye. Bole? " Si lelaki pon jawab " Oke syg. Cinta saya hanya untuk awak. Tak kan la saya nk call msg org lain. " Errrr, Nampak sweet gila kan cara pembalasan si lelaki. Ouh SUMPAH wat masa sekarang saya benci dgr benda yang sweet-sweet. Saya benci nak dgr janji-janji manis. Bukan sbb aku dah x nk percaya kau. Tapi aku fobia n serik dengan ayat sweet-sweet yang lalu.

Aku sentiasa cuba untuk memahami hati lelaki. Tapi, kadang-kadang x berjaya. So, hari ni, disebabkan aku rajin membaca. Aku try selami jiwa lelaki. Btol ke x ada kene ngn apa yg aku rasa. Ni ha. Ini tanda-tanda si lelaki jatuh cinta dengan hebat nya. Haha. Sejauh mana kebenarannya aku sendiri pon x tau. :)

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
 
 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat       bercakap.
 
 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
 
 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
 
 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
 
 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
 
 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
 
 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
 
 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
 
 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 
 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 
 12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
 
 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
 
 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 
 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
 
 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
 
 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
 
 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
 
 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
 
 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
 
 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 
 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
 
 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 
HARGAILAH MEREKA

P/s : Okeyh da abis baca. Rasa mcm berdebar-debar lak hati ni. Entah la.. Cuba check, ada x benda-benda ni semua kt bf korang. hee :D

Mar 10, 2011

Pesanan Buat Kekasih...

Pesanan buat kekasih?? Dah macam lagu spring...
Tapi disebalik tajuk adalah tersirat dari lagu nie.
 
Maklumlah.. Percintaan jarak jauh, Hati tak tenteram, 
Risau gelisah gulana bila terkenangkan orang jauh.. sihat ke tidak?

Hanya satu PESANAN is :
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang kerana aku untukmu
Post By : Iskandar

Kerinduan Melanda


Kenapa dengan tajuk di atas?....tak lain dan tak bukan kerana kerinduan mula bersarang dihati.
Rindu pada siapa?...dah tentulah rindu pada buah hati aku yang sorang ni...
hanya YM buat rindu terubat webcam bersama walaupun
connection dari puchong ke batu pahat agak perlahan


Rindu nak sandar2 manja kat belakang dia... rindu nak dengar nasihat darinya..
rindu nak suruh dia pujuk dikala hati di landa kemelut...
Rindu nak suruh dia usap dan peluk bila diri dilanda ribut....
rindu nak dengar suaranya.... Rindu dengan cubitan gurauannya...
Ntah kenapa.. Rindu teramat..

Post By : Iskandar

Mar 4, 2011

Topik bawa moto laju laju

Hye semua. Rasa mcm bertahun aku da x update blog. (Tipu je. x de la bertahun pon, bape minggu je kot :p) Sekarang mood aku macam oke je nk update. Sebab bosan gila kat ofis. Keje melambak tapi mood nk tangguh keje tu still ada lagi. Haha. Pemalas kan? Minggu depan je la aku setelkan sumua keje tertunggak tu. Haih.

Oke ni nk cerita topic atas tu.. Apa eh masalah kaum lelaki ni kalau bawak moto tu style nak bawak laju-laju, cilok cilok jalan. Celah-celah tepi kereta. Bila nampak girl lagi la alamak ai, punya la bagai style mcm lutut smpai nak cecah jalan tar. Nasib la kepala x cecah Tar. Ahahaha. X payah la nak tunjuk rempit sangat.  X luak pon awek awek tepi jalan nk tgk. Awek tepi jalan pon x nak tgk tau. Eiuwwww.. Lagi-lagi yang bawa awek kat blakang. Si awek membonceng muka kecut kecut bila si balak ride mcm pelesit. X kesian ke kat awek tu bang? Nampak sangat mcm x sayang kan. Kesimpulannya, bawa la moto tu elok elok. Ingatla org yang tersayang. Aku tetiba rajin update pasal ni sebab tadi masa aku odw pergi bank, ada la mamat mamat batak bajet bagus bawak moto laju-laju smpai nk cecah jalan tar rempuh jalan aku. Menyirap je. Meluat btoi.

P/s - Nasib baik my bucuk macham bawak moto sopan je time dengan aku. Sebab dia syg aku. wekkk :p Selalu pesan supaya aku hati-hati. So sweet. Love youuu.